Kembali Bersama

Friday, June 25, 2010

Sudah lama kepingin untuk membuka blog budak-budak hitam, tetapi hanya mampu berbuat demikian pada 16 Jun yang lepas, setelah pulang dari elective posting di Surabaya. Alamat blog sudah diberikan oleh nadirah dua bulan yang lalu, tetapi setiap kali nak assess tak dapat. Cuba juga untuk assess di Surabaya, memang tak dapat buka. Di situ Allah mungkin menguji setakat mana keterikatan hati-hati kita, adakah betul-betul kita berusaha untuk mempertahankan ikatan persahabatan yang hampir terbina selama 6 tahun di UIA. Balik ke tanah air, usaha untuk masuk ke blog budak-budak hitam masih hijau dan Alhamdulillah Allah memberi peluang ini untuk kita sama-sama berhubung.

Sangat teruja bila membuka blog ini, yalah, ini adalah blog yang nanti akan menjadi tali penghubung antara kita, tempat yang boleh kita berkongsi cerita suka dan duka hidup masing di samping fb yang memang terserlah ‘widespread connection’nya. Memandangkan hampir semua ahli budak-budak hitam akan menempuh alam pekerjaan, dan akan sibuk dengan urusan masing-masing, insyaAllah blog ini akan jadi tempat kita reunion, berkumpul di alam maya. Terima kasih pada nadi kerana mencetus idea yang hebat untuk menubuhkan blog budak-budak hitam ini.

Kepada teman-teman 11 budak-budak hitam; faizah, aina, kak tie, aima, nadi, siti, hikmah, dayah, kak lin, nad, kak wardah…. Harapan moga blog ini sentiasa dihiasi dengan update aktiviti masing-masing. Selamat menulis kepada semua…

Barakallahulakum

Tuesday, June 15, 2010

Bismillah walhamdulillah

Cuti sekolah tahun ini dikurniakan rezeki buat sahabat-sahabat yang selamat menempuh alam baru, bergelar isteri kepada suami tersayang. Sekalung tahniah diucapkan buat Kak Ti & Kak Ida, semoga bahtera rumah tangga yang dibina kekal abadi hingga ke syurga. Di kesempatan ini saya doakan moga ikatan aqidah dan cinta sentiasa mendapat redha Ilahi :)

 Kak Tie diiringi oleh 4 jelitawan =)