Impian Jadi Kenyataan
Saturday, October 2, 2010
Posted by Amira at 11:19 PMSaat kejayaan ditagih,
Usaha itu menjadi taruhannya,
Saat kejayaan diharapkan,
Konsentrasi iu menjadi ukurannya,
Saat kejayaan diimpikan,
Angan-angan itu menjadi perangsangnya,
Saat kejayaan didambakan,
PadaNya saja disandarkan segalanya.
Tahniah, kejayaan itu sudah digapai, sudah berada di depan mata, mimpi semalam menjadi kenyataan hari ini...
Kebahagiaan sahabat-sahabat hari ini dapat dirasai walaupun kita berjauhan, kerana hati kita sentiasa dekat. Teruskan usaha kalian semua menghadapi dunia yang sebenar.
Terkini
Wednesday, August 25, 2010
Posted by Nadirah at 4:19 PMBenteng Hindari Zina
Wednesday, July 7, 2010
Posted by Nadirah at 2:57 AMJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan 81,000 anak luar nikah didaftarkan. Manakala di ruangan Pendapat Utusan Malaysia, seorang penulis menyatakan frasa Melayu seks sahaja sudah ada 1.1 juta maklumat di Google, 'Melayu Seks Sekolah' pula berjumlah 2.69 juta. Ketika mana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pula menyatakan 55% rakyat Malaysia ketagih internet (Utusan Malaysia 30 Jun 2010).
Fakta-fakta tersebut sememang sudah cukup untuk kita memulakan langkah serta-merta bagi kita mengatasi masalah ini. Saya memohon kepada semua pihak terutama kerajaan dapat mengatur langkah serius dalam menangani kebejatan akhlak.
Kembali Bersama
Friday, June 25, 2010
Posted by Amira at 12:16 PMSudah lama kepingin untuk membuka blog budak-budak hitam, tetapi hanya mampu berbuat demikian pada 16 Jun yang lepas, setelah pulang dari elective posting di Surabaya. Alamat blog sudah diberikan oleh nadirah dua bulan yang lalu, tetapi setiap kali nak assess tak dapat.
Sangat teruja bila membuka blog ini, yalah, ini adalah blog yang nanti akan menjadi tali penghubung antara kita, tempat yang boleh kita berkongsi cerita suka dan duka hidup masing di samping fb yang memang terserlah ‘widespread connection’nya. Memandangkan hampir semua ahli budak-budak hitam akan menempuh alam pekerjaan, dan akan sibuk dengan urusan masing-masing, insyaAllah blog ini akan jadi tempat kita reunion, berkumpul di alam maya. Terima kasih pada nadi kerana mencetus idea yang hebat untuk menubuhkan blog budak-budak hitam ini.
Kepada teman-teman 11 budak-budak hitam; faizah, aina, kak tie, aima, nadi, siti, hikmah, dayah, kak lin, nad, kak wardah…. Harapan moga blog ini sentiasa dihiasi dengan update aktiviti masing-masing. Selamat menulis kepada semua…