Impian Jadi Kenyataan

Saturday, October 2, 2010

Untuk sahabat-sahabat yang dicintai bukan lain hanya kerana Allah...

Saat kejayaan ditagih,
Usaha itu menjadi taruhannya,

Saat kejayaan diharapkan,
Konsentrasi iu menjadi ukurannya,

Saat kejayaan diimpikan,
Angan-angan itu menjadi perangsangnya,

Saat kejayaan didambakan,
PadaNya saja disandarkan segalanya.

Tahniah, kejayaan itu sudah digapai, sudah berada di depan mata, mimpi semalam menjadi kenyataan hari ini...
Kebahagiaan sahabat-sahabat hari ini dapat dirasai walaupun kita berjauhan, kerana hati kita sentiasa dekat. Teruskan usaha kalian semua menghadapi dunia yang sebenar.

Terkini

Wednesday, August 25, 2010

15 Ramadhan 1431H

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah wa syukurillah, hari ni dah masuk separuh masa kedua piala taqwa, moga kita semua diberi kekuatan untuk terus meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia. Apa khabar budak-budak hitam? Lama tak dengar khabar berita daripada semua. Masing-masing sibuk dengan kerjaya / tugasan.

Benteng Hindari Zina

Wednesday, July 7, 2010

Tidak lama dulu kajian sebuah syarikat pengeluar kondom mengkategorikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja dengan purata 62 kali setahun pada 2003 dan 86 kali setahun pada 2004, berbanding Jepun 37 kali setahun pada 2001 (Majalah Millenia, Jamadil Akhir-Rejab 1431H). Terkini, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 20 Jun 2010, berkaitan 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas. Laporan itu membuatkan saya cukup bimbang dan risau tentang nasib umat Islam khusunya di Malaysia. Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan sistem pembelajaran hari ini yang saban tahun mencatatkan keputusan peperiksaan yang meningkat. Apa yang berlaku kepada struktur kekeluargaan kita pada hari ini, ketika kita tidak pernah lekang dengan pelancaran demi pelancaran kempen keluarga bahagia, keluarga sakinah dan sebagainya. Tiba-tiba satu kajian mendapati 300 anak Melayu terlibat dalam salah laku seks. Saya tegaskan inilah masa untuk kita bermuhasabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan 81,000 anak luar nikah didaftarkan. Manakala di ruangan Pendapat Utusan Malaysia, seorang penulis menyatakan frasa Melayu seks sahaja sudah ada 1.1 juta maklumat di Google, 'Melayu Seks Sekolah' pula berjumlah 2.69 juta. Ketika mana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pula menyatakan 55% rakyat Malaysia ketagih internet (Utusan Malaysia 30 Jun 2010).

Fakta-fakta tersebut sememang sudah cukup untuk kita memulakan langkah serta-merta bagi kita mengatasi masalah ini. Saya memohon kepada semua pihak terutama kerajaan dapat mengatur langkah serius dalam menangani kebejatan akhlak.

Kembali Bersama

Friday, June 25, 2010

Sudah lama kepingin untuk membuka blog budak-budak hitam, tetapi hanya mampu berbuat demikian pada 16 Jun yang lepas, setelah pulang dari elective posting di Surabaya. Alamat blog sudah diberikan oleh nadirah dua bulan yang lalu, tetapi setiap kali nak assess tak dapat. Cuba juga untuk assess di Surabaya, memang tak dapat buka. Di situ Allah mungkin menguji setakat mana keterikatan hati-hati kita, adakah betul-betul kita berusaha untuk mempertahankan ikatan persahabatan yang hampir terbina selama 6 tahun di UIA. Balik ke tanah air, usaha untuk masuk ke blog budak-budak hitam masih hijau dan Alhamdulillah Allah memberi peluang ini untuk kita sama-sama berhubung.

Sangat teruja bila membuka blog ini, yalah, ini adalah blog yang nanti akan menjadi tali penghubung antara kita, tempat yang boleh kita berkongsi cerita suka dan duka hidup masing di samping fb yang memang terserlah ‘widespread connection’nya. Memandangkan hampir semua ahli budak-budak hitam akan menempuh alam pekerjaan, dan akan sibuk dengan urusan masing-masing, insyaAllah blog ini akan jadi tempat kita reunion, berkumpul di alam maya. Terima kasih pada nadi kerana mencetus idea yang hebat untuk menubuhkan blog budak-budak hitam ini.

Kepada teman-teman 11 budak-budak hitam; faizah, aina, kak tie, aima, nadi, siti, hikmah, dayah, kak lin, nad, kak wardah…. Harapan moga blog ini sentiasa dihiasi dengan update aktiviti masing-masing. Selamat menulis kepada semua…

Barakallahulakum

Tuesday, June 15, 2010

Bismillah walhamdulillah

Cuti sekolah tahun ini dikurniakan rezeki buat sahabat-sahabat yang selamat menempuh alam baru, bergelar isteri kepada suami tersayang. Sekalung tahniah diucapkan buat Kak Ti & Kak Ida, semoga bahtera rumah tangga yang dibina kekal abadi hingga ke syurga. Di kesempatan ini saya doakan moga ikatan aqidah dan cinta sentiasa mendapat redha Ilahi :)

 Kak Tie diiringi oleh 4 jelitawan =)

Bismillah

Wednesday, May 5, 2010

Dengan Nama Allah...

Alhamdulillah wa syukurillah, akhirnya diizinkan-Nya untuk mewujudkan blog ini sebagai pengikat kasih sayang kami 12 orang. Amboi, ramainya ahli! Hehe, ahli asal dalam 9 rasanya 'terbina' sejak di matrik dulu [macam asabiyyah la pulak ada geng2..hehe] dan tambahan 3 orang bila masuk Kuantan.

Ta'aruf

Nama Budak-budak Hitam dicipta oleh Faizah, selaku Presiden. Terlintas di fikirannya selepas menonton video budak-budak hitam tajaan Nad =)