Terkini

Wednesday, August 25, 2010

15 Ramadhan 1431H

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah wa syukurillah, hari ni dah masuk separuh masa kedua piala taqwa, moga kita semua diberi kekuatan untuk terus meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia. Apa khabar budak-budak hitam? Lama tak dengar khabar berita daripada semua. Masing-masing sibuk dengan kerjaya / tugasan.


Anak saudara

Gembira rasa hati apabila mendapat khabar berita apabila Kak Ti disahkan mengandung baru-baru ni [erkkk baru ke?]. InsyaAllah Mac tahun depan kita semua akan mendapat anak saudara sulung. Tahniah Kak Ti, suami & keluarga semua. Tahniah juga untuk kita =)

Sekalung tahniah juga buat Faizah & Hidayah, dengan kehadiran anak saudara sulung [Faizah dapat perempuan, Nur Alya Farahiyah; Hidayah dapat lelaki, belum bernama kot, sebab baru lahir kelmarin =P]. Moga Ramadhan dan Syawal tahun ni lebih bermakna dengan kehadiran insan baru.

Bertunang & Kahwin

Dua orang sahabat kita dah pun selamat menjadi tunangan orang, Kak Lin (Mei 2010) & Siti (Ogos 2010). InsyaAllah walimah Siti akan berlangsung pada raya ke-4 nanti (13.09.2010), kepada yang berkesempatan jom pakat ramai-ramai memeriahkan majlis. Sekarang ni Siti sibuk mengedarkan kad jemputan kot. Hehe...Buat teman-teman yang lain, yang dah ada tarikh untuk majlis, jangan lupa menjemput ye!

Kerja

Alhamdulillah, beberapa orang sahabat kita dah melangkah ke alam kerjaya. Ainna dah mulakan tugas sebagai Provisional Registered Pharmacist (PRP) di PPUM, Kak Wadah sebagai pensyarah [ke tutor] di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) & Aima juga tutor di Kolej Masterskill. InsyaAllah yang lain bakal menyusul, doakan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.

2 comments:

Amira said...

ramadhan di UIA kuantan agak suram, masing2course ada exam. masyaAllah ini tahun terakhir ramadhan di UIA, sudah merasa detik2 yang tidak mahu tempuhi, detik perpisahan..

Nadirah said...

kak mirah, sgt rindu dgn suasana Ramadhan di UIA.. emm memang detik yg tak mahu ditempuhi, tapi harus gagahkan diri untuk menempuhi juga detik itu..:'(