Bismillah

Wednesday, May 5, 2010

Dengan Nama Allah...

Alhamdulillah wa syukurillah, akhirnya diizinkan-Nya untuk mewujudkan blog ini sebagai pengikat kasih sayang kami 12 orang. Amboi, ramainya ahli! Hehe, ahli asal dalam 9 rasanya 'terbina' sejak di matrik dulu [macam asabiyyah la pulak ada geng2..hehe] dan tambahan 3 orang bila masuk Kuantan.

Ta'aruf

Nama Budak-budak Hitam dicipta oleh Faizah, selaku Presiden. Terlintas di fikirannya selepas menonton video budak-budak hitam tajaan Nad =)



Eloklah kita kenal siapakah gerangan ahli seumur hidup budak-budak hitam nih..

Faizah nama diberi, berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan mengambil jurusan Biomedic (concentration : environment). Sekarang tengah struggle nak siapkan slide FYP, sebab minggu depan nak kena present =). Merupakan 'ibu' kepada budak-budak hitam yang tak turun takhta walaupun beberapa orang cuba' merampasnya'..

Nadi pulak satu-satunya ahli semenanjung tunggal yang bukan dari Pantai Timur, tapi dianggap dari sana sebab dikelilingi oleh gadis-gadis pingitan Pantai Timur. Berasal dari negeri Bijih Timah dan mengambil jurusan Dietetik. Sekarang sedang menanam anggur di rumah yang tak buah-buah. Kalau ada sesiapa yang nak mendapatkan nasihat pemakanan sila berhubung dengan beliau =P

Nad: gadis istimewa yang dah lama tak balik rumah sebab jauh.. Berasal dari negeri bawah bayu dan mengambil jurusan Biomedic (concentration Clinical Pharmaseutical Reasearch-aka CPR. Eh ye ke?!). Sama seperti Faizah, sedang berusaha menyiapkan slide FYP. Beliau sangat merindui keluarganya di Sabah, sama-samalah kita berdoa moga Nad dapat balik dengan cepat! Hehe..



Kak Mirah satu-satunya doktor dalam kalangan budak-budak hitam. Mengambil jurusan perubatan dan bakal bergelar doktor tahun hadapan, sangat rajin dan bijak. Beliau juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan berada satu kelas dengan Faizah di sekolah menengah.

Ct, Kak Wadah, Hikmah, Aima & Kak Ti pulak mengambil jurusan Radiografi. Ct berasal dari negeri Pesisir Air dan yang lain negeri Serambi Mekah (waro' demo nih!). Baru boleh menarik nafas lega selepas bertungkus-lumus menyiapkan FYP dan present dengan jayanya minggu lepas. Syabas! Kak Wadah, Aima & Kak Ti dah lama mengenali antara satu sama lain memandangkan semuanya dari sekolah yang sama...

'Ainna, Kak Lin & Dayah pun berasal dari negeri Serambi Mekah jugak! 'Ainna mengambil jurusan Farmasi, Kak Lin Nursing & Dayah Dietetik. Mereka semuanya telah tamat belajar kecuali Kak Lin tengah posting di HUSM kalau tak silap. 

Alhamdulillah nampaknya majoriti budak-budak hitam dah tamat belajar dan bakal menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya para pesakit. Didoakan agar ikatan ukhuwah dibina terus mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. walau di mana sahaja kita berada...

Buat semua ahli budak-budak hitam, Nadi tujukan lagu ni buat kalian yang dirindui....[klik]

3 comments:

Nad said...

hehe.. mmg xsbr nk blik da ni.. nk dok santai jap ;) evryone, lets keep in touch k (^_^)

Nadirah said...

nad, santai2 di pantai Kuantan. nanti da balik Sabah confirm rindu kat sana..hehe. sy byk xdpt gi; Sg Lembing, Panorama, Gambang waterpark..:'(

ainnanour said...

comey2 blog ni..tahniah2 =)